EYFA
Gadis Dinamika.

selamat datang ke blog saya
jika ada apa-apa pesanan,tekan 'RANTS'(:
Terima Kasih♥

Cara permainan ini dimainkan hampir sama dengan permainan catur. Biji-biji saga atau manik-manik yang kecil berperanan sebagai kambing. Biji-biji asam jawa atau manik-manik yang lebih besar berperanan sebagai harimau. Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Seorang berpihak pada harimau dan seorang lagi berpihak pada kambing. Setiap pemain akan meletakkan sebutir biji atau maniknya di mana-mana simpang yang tidak berpenghuni. Setiap pemain hanya boleh membuat satu gerakan setiap kali. Setelah berada di satu simpang, pemain tersebut hanya dapat bergerak ke satu simpang sekiranya tiada penghuni di simpang itu. Seekor harimau boleh melompat atas seekor kambing di garisan yang sama sekiranya simpang yang bersebelahan kambing itu kosong. Kambing tidak dibenarkan membuat sebarang lompatan. Ia hanya dapat bergerak ke simpang seterusnya yang kosong. Harimau akan menang jika semua kambing dapat ‘dimakan'. Kambing pula akan menang sekiranya semua harimau dikepung tanpa mempunyai kesempatan untuk membuat gerakan seterusnya. Walaupun permainan ini agak mudah difahami, ia mencabar minda seseorang pemain untuk menewaskan pihak lawannya.; arifah ♥![]()