Ahad, 27 Julai 2008
♥ 8:43 PG
Perasaan saya?pertandingan ini memang mencabar bagi saya kerana hendak mendapatkan maklumat-maklumat tentang permainan tradisional bukanlah mudah. tambahan pula kredibiliti bahasa melayu saya tidak sebegitu bagus dan membanggakan , tetapi atas dorongan kawan-kawan dan cikgu, saya dapat membaiki kesalahan saya. saya berharap pada tahun hadapan nanti , ada lagi pertandingan blog seperti ini. supaya kami dapat mengetahui lebih informasi tentang orang-orang asia di sekeliling kita.
assalamualaikum;
Siti `Arifah.
Pelajar Sekolah Menengah North Vista.
Jumaat, 25 Julai 2008
♥ 9:55 PTG
Permainan hentam bola
Pada tahun lepas, saya dan kawan-kawan telah menyertai satu permainan tradisional yang dikenali sebagai hentam bola. Permainan ini sangat terkenal bagi golongan orang Melayu. Permainan ini sangat unik dan melucukan. Mengapa saya berkata sedemikian? Ia disebabkan bagi para pemain yang bermain permainan ini, mereka dikehendaki membaling bola tersebut ke arah satu sama lain. Pemain yang mendapat hentaman yang paling banyak pada badan mereka, dikira kalah.
Pengalaman yang paling menarik sekali adalah apabila saya merupakan salah seorang pemain yang banyak sekali dihentam oleh rakan-rakan saya. Terbukti, saya tewas di tangan mereka. Namun begitu, saya berasa puas kerana dapat bermain permainan ini. Permainan ini mengajar saya supaya tidak berputus asa dalam mengharungi sesuatu cabaran dalam kehidupan serta saya harus lebih peka dengan orang-orang di sekitar saya.
Permainan pusingan (rounders)
Selepas saya dan rakan-rakan bermain permainan hentam bola, kami mencuba pula permainan pusingan atau lebih dikenali dengan nama Inggerisnya, 'Rounders'. Permainan ini caranya seperti permainan 'baseball' tetapi caranya berbeza sedikit.
Kita harus memukul bola tersebut dengan menggunakan kayu biasa. Setiap pukulan mempunyai had yang berbeza. Permainan ini agak kasar kerana ia memerlukan tenaga yang kuat untuk memukul bola tersebut. kita juga harus lebih fokus melihat arah tuju bola tersebut.
Saya dan rakan-rakan bersorak riang apabila seorang kawan saya berjaya menjaringkan bola.
Pendek kata permainan ini sangat sesuai dengan jiwa saya. Saya sukakan cabaran yang mencabar. Cabaran itulah yang membuatkan saya lebih tabah dan kuat dari segi fizikal mahupun mental.
; arifah ♥
♥ 8:36 PTG
♥HARI KEHARMONIAN KAUM
Terdapat pelbagai gerai yang menunjukkan budaya masing-masing telah didirikan sempena hari keharmonian kaum di sekolah kami. Seperti kaum Melayu , kami menunjukkan pakaian tradisional kami seperti baju kurung dan kebaya.
Selain itu , mereka pun mengadakan permainan-permainan tradisional seperti capteh , congkak dan bermacam-macam lagi. Kami sekelas dapat mencuba permainan-permainan tersebut . Di gerai kaum Melayu , kami dapat bermain congkak , kutil-kutil dan capteh. Inilah gambar-gambar tersebut.
:D♥
GERAI KAUM CINADi gerai kaum Cina pula , mereka menunjukkan pakainan tradisional mereka seperti cheongsam. permainan tradisional mereka pula yang dipanggil
chinese hopscotch. Ia sungguh menarik ! Seperti apa sudah saya katakan , permainan tersebut membuat minda kami lebih fokus .
♥
PANDANGANPada pandangan saya , dengan melakukan ini kami dapat mengeratkan silaturahim antara bangsa-bangsa yang lain dan kita juga boleh mengetahui lebih mendalam tentang budaya mereka. Supaya dunia ini boleh hidup dengan harmoni (:
; arifah ♥
♥ 8:06 PTG
Temuduga bersama teman India sayasaya : Pernahkah kamu bermain
Chinese hopscotch?
teman : Ya , saya pernah bermain permainan itu. Hopscotch itu sungguh seronok jika kita tekun bermainnya.
saya : Siapakah yang mengajar kamu bermain hopscotch tersebut?
teman : Teman cina saya mengajar saya bermain hopscotch itu. Pertama kali , saya sungguh bingung dengan permainan itu.Lama-kelamaan pula , ia menjadi seronok. cubalah bermainnya .
Temuduga bersama teman cina sayasaya : Pernahkah kamu bermain
chinese hopscotch itu?
teman : Ya , saya pernah bermain permainan itu. Permainan itu adalah permainan tradisional kaum kami , sudah tentu saya pernah bermainnya.
saya:Apakah kebaikan bermain hopscotch tersebut?
teman : Permainan itu membuatkan minda kami lebih fokus sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
pandangan saya.
Pada pandangan saya, permainan tradisional ini sungguh menarik . Betul juga kata teman cina saya , ia membuat minda kami lebih fokus . Teman-teman cubalah :D
; arifah ♥
Khamis, 24 Julai 2008
♥ 7:25 PTG
Permainan tradisional cinaChinese hopscotch adalah permainan traditional kaum cina . Ia menggunakan pelekat (masking tape). Kita harus membuat lapan kotak dan satu "X" di bahagian bawah kotak-kotak itu . Kotak-kotak itu mengandungi nombor-nombor dan huruf-huruf[a b c]. Inilah
gambar tersebut .
Cara-cara bermain;Langkah pertama : Pemain itu harus mendengar arahan yang diberi oleh temannya seperti dia menyuruh ke petak[1 B] pemain itu harus melompat ke pentak 1 selepas itu ke huruf 'X' barulah ke huruf 'B'.
Langkah kedua:Jika pemain itu tidak berjaya mengikut arahan yang diberi , dia dianggap kalah .
; arifah ♥
♥ 5:16 PTG
Permainan tradisional kaum indiaSejenis permainan tradisional yang dimainkan kaum India dipanggil
'aade-puli-atem' yang bermaksud
'permainan harimau dan kambing'. Persiapan untuk permainan ini agak mudah. Alat-alat yang diperlukan ialah sekeping kertas, pena, lima belas biji saga dan tiga biji asam jawa. Manik-manik atau barangan kecil yang berbeza saiznya juga boleh digunakan. Pada waktu dahulu, kanak-kanak serta orang dewasa yang berbangsa India , melukiskan garisan-garisan bagi permainan ini di atas lantai, kaki lima , atau di mana sahaja yang sesuai. Inilah rupa garisan-garisan bagi permainan ini.
Cara permainan ini dimainkan hampir sama dengan permainan catur. Biji-biji saga atau manik-manik yang kecil berperanan sebagai kambing. Biji-biji asam jawa atau manik-manik yang lebih besar berperanan sebagai harimau. Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Seorang berpihak pada harimau dan seorang lagi berpihak pada kambing. Setiap pemain akan meletakkan sebutir biji atau maniknya di mana-mana simpang yang tidak berpenghuni. Setiap pemain hanya boleh membuat satu gerakan setiap kali. Setelah berada di satu simpang, pemain tersebut hanya dapat bergerak ke satu simpang sekiranya tiada penghuni di simpang itu. Seekor harimau boleh melompat atas seekor kambing di garisan yang sama sekiranya simpang yang bersebelahan kambing itu kosong. Kambing tidak dibenarkan membuat sebarang lompatan. Ia hanya dapat bergerak ke simpang seterusnya yang kosong. Harimau akan menang jika semua kambing dapat ‘dimakan'. Kambing pula akan menang sekiranya semua harimau dikepung tanpa mempunyai kesempatan untuk membuat gerakan seterusnya. Walaupun permainan ini agak mudah difahami, ia mencabar minda seseorang pemain untuk menewaskan pihak lawannya.
,* informasi didapati dari halaman 'http://www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2005/july/budaya/corakkehidupan/corakkehidupan.htm'; arifah ♥
Rabu, 23 Julai 2008
♥ 1:02 PTG
congkakCongkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.
Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, sama ada pengaruh luar yang datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
Cara-cara bermain congkakDua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
; arifah ♥
Ahad, 20 Julai 2008
♥ 3:23 PTG
Temuduga bersama bapa sayasaya : Jenis permainan apakah yang ayah suka main sewaktu zaman kanak-kanak ?
ayah : Ayah suka bermacam-macam permainan seperti permainan guli, gasing dan sebagainya. tetapi ayah paling gemar bermain capteh.
saya : Apakah itu capteh? Bagaimana cara untuk bermainnya ?
ayah : Capteh juga digelar titing bulu. Permainan ini amat digemari oleh budak lelaki. Cara-cara bermain capteh ialah dengan menendangnya seberapa banyak kali yang boleh tanpa jatuh ke tahah. Kita bukan sahaja menggunakan kaki untuk menendangnya , kita juga boleh menggunakan dada, kepala ataupun lutut tanpa menggunakan tangan.
saya : Tahukah ayah membuat capteh ?
ayah : Ayah memang pakar membuat capteh[ketawa kecil]. Langkah pertama, kita harus mengambil bulu ayam. selepas itu kita ikat dengan getah. Manakala bagi bawah bulu ayam itu, kita harus menggunakan dua keping getah yang dipotong daripada roda basikal dan ia harus berbentuk bulat. Kemudian kita ketuk satu paku dibawah dan ikatkan bulu ke paku tersebut.
; arifah ♥
♥ 1:11 PTG
Temuduga bersama ibu saya
saya : Apakah permainan yang ibu gemari pada zaman kanak-kanak?
ibu : Ibu suka bermain yeh-yeh bersama teman-teman ibu .
saya : Permainan apakah itu dan bagaimana cara-cara untuk memainkannya ?
ibu : Langkah pertama, kita harus mengumpul seberapa banyak getah selepas itu kita menyambungkannya sehingga ia menjadi panjang .setelah ianya siap , barulah kita boleh bermain tidak kira lah dengan teman atau pun dengan keluarga sendiri. Berikut merupakan cara-cara untuk bermain
; jika ingin bermain permainan yeh-yeh, kita memerlukan seramai tiga orang pemain atau lebih . dua orang pemain harus memegang hujung tali getah tersebut. Selepas itu, orang ketiga harus melompat tali getah tersebut yang telah teman-temannya tentukan, mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan. Dia akan dikira kalah sekiranya temannya itu tidak dapat melompat ataupun jika kakinya tersangkut pada tali getah tersebut.
; arifah ♥
Ahad, 13 Julai 2008
♥ 4:38 PTG
Ini adalah pertama kali saya memasuki pertandingan blog seperti ini. Pada mulanya, saya memang berasa begitu ghairah untuk memasuki pertandingan blog ini tetapi saya juga ada berasa tidak begitu yakin kerana Bahasa Melayu saya tidak sebegitu bagus . Tetapi atas dorongan cikgu dan rakan-rakan saya, membuat saya yakin pada diri saya sendiri. Selain dari itu, saya juga memasuki pertandingan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang tradisional kami. Tidak semua remaja zaman sekarang tahu tentang tradisi kami. Apatah lagi nama-nama makanan atau pun nama permainan tradisional seperti biji buah saga,batu seremban,gasing dan macam-macam lagi. Remaja zaman sekarang lebih berminat bermain komputer daripada permainan tradisional . Saya akan menceritakan lebih lanjut lagi tentang permainan tradisional di butiran yang selanjutnya(:
; arifah ♥